PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH PAPAR



PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH PAPAR

MAJLIS DAERAH PAPAR menggariskan 25 PIAGAM meliputi semua bahagian / unit bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan demi memenuhi kehendak pelanggan.
Kami bekerja dalam satu pasukan dengan penuh dedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkualiti dan mesra.
IKRAR KAMI ADALAH ;
1) Kami akan memberi layanan yang cekap, bertanggungjawab, amanah bersopan santun dan mesra apabila pelanggan berurusan dengan kami di pejabat, kaunter pembayaran atau melalui telefon demi kepentingan awam ;
2) Memberi layanan mesra dan memuaskan, prihatin terhadap semua aduan awam. Mengambil tindakan dan memaklumkan penyelesaian dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja dari tarikh surat diterima ;
3) Memastikan keindahan, keceriaan dan kebersihan di seluruh kawasan pekan terpelihara dari semasa ke semasa ;
4) Memastikan kutipan sampah dilaksanakan secara cekap, teratur dan dibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam seminggu sepertimana yang ditetapkan dalam jadual ;
5) Memastikan pemotongan rumput, pembersihan parit / longkang dilakukan dengan sempurna dan teratur mengikut jadual yang ditetapkan ;
6) Memproses permohonan lesen operasi dalam tempoh dua (2) hingga tiga (3) bulan waktu bekerja tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat jabatan teknikal yang berkaitan ;
7) Memproses permohonan / pembaharuan lesen perniagaan dan mengeluarkan MEMO SOKONGAN dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari waktu bekerja tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan ;


8) Memastikan kadar tahunan bagi taksiran cukai pintu dinilai dalam tempoh satu (1) bulan setelah Sijil Menduduki Bangunan (OC) dikeluarkan ;
9) Melaksanakan kerja-kerja penilaian semula harta benda bercukai Majlis Daerah Papar dan menyampaikan keputusan bantahan ke atas nilai taksiran kepada pemilik dalam tempoh enam (6) bulan ;
10) Memastikan bayaran kepada Jabatan dan agensi kerajaan, kontraktor, firma dan orang perseorangan dibayar dalam tempoh empat belas
(14) hari selepas tuntutan yang lengkap diterima ;
11) Memastikan waktu beroperasi bagi KAUNTER PEMBAYARAN adalah seperti berikut :-

Isnin – Khamis: 8.00 pagi – 3.00 petang

Jumaat: 8.00 pagi -10.30 pagi
2.00 petang – 3.00 petang

12) Memastikan waktu beroperasi bagi KAUNTER PERTANYAAN / KAUNTER OKU adalah seperti berikut :-

Isnin – Khamis: 8.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat: 8.00 pagi -11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang

13) Memberikan layanan adil kepada pelanggan yang berurusan di kaunter pembayaran dengan penggunaan sistem nombor giliran yang lebih sistematik dan teratur ;
14) Membuat semakan rekod pembayaran dalam tempoh sepuluh (10) minit dan mengeluarkan resit pembayaran hasil dalam tempoh lima
(5) minit tertakluk maklumat yang diperlukan adalah lengkap ;
15) Menguruskan perakaunan dengan penyediaan akaun bulanan, penyediaan akaun tahunan, penyediaan penyata penyesuaian bank dan pengurusan simpanan Majlis;
16) Memastikan pemilik harta dan lesen menerima notis tunggakan hasil mengikut jadual yang ditetapkan ;

17) Menyediakan dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam dan infrastruktur dari semasa ke semasa ;
18) Menguatkuasakan Undang-Undang Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, Undang-Undang Kecil Majlis Daerah Papar, Pekeliling-Pekeliling dan peraturan-peraturan dari semasa ke semasa ;
19) Menyampaikan keputusan Pelan Kemajuan (selepas mesyuarat) kepada pemaju dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja ;
20) Memproses dan meluluskan permohonan pelan pembangunan dan pelan bangunan, bangunan persendirian / perniagaan dalam tempoh enam (6) bulan BERMULA dari tarikh Kebenaran Merancang dikeluarkan oleh Majlis Perancang Negeri (MPN) ;
21) Memproses permohonan pengeluaran Sijil Menduduki (O.C) dalam tempoh lapan (8) minggu berasaskan laporan pemeriksaan yang diterima (Findings) dan tertakluk kepada semua syarat teknikal dipatuhi ;
22) Mengeluarkan surat pengesahan luar kawasan operasi Majlis Daerah Papar dalam tempoh satu (1) hari waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima ;
23) Memastikan surat-surat yang diterima didaftarkan, diedarkan dan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari waktu bekerja ;
24) Memberi panduan dan maklumat yang tepat mengenai latar belakang, bidang kuasa serta peranan Majlis Daerah Papar ;
25) Memproses dan meluluskan pelan pembahagian tanah / sempadan dalam tempoh tiga (3) bulan SETELAH MEMATUHI syarat-syarat dan keperluan jabatan-jabatan teknikal ;
26) Memproses dan meluluskan pelan sambungan / ubahsuai rumah dalam tempoh satu (1) bulan setelah mematuhi syarat-syarat dan keperluan jabatan-jabatan teknikal ;
27) Memproses permohonan pindah milik premis / alamat perniagaan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja DENGAN SYARAT semua tunggakan telah dijelaskan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.

Disediakan oleh : Bahagian Pentadbiran MD Papar Tarikh kemaskini : 07 Februari 2024